Hari ini
beberapa kumpulan dikehendaki membuat pembentangan mengenai tajuk yang
telah diberikan oleh pensyarah. Setiap ahli dalam sebuah kumpulan
terlibat untuk membentangkan tajuk mereka. Terdapat banyak kesalahan bahasa
yang tidak sesuai digunakan oleh para pembentang. Misalnya perkataan so, kita orang, next, dan sebagai nya. Selain itu terdapat
pembentang yang hanya membaca nota dan tidak memandang ke arah pendengar
yang duduk di hadapan. Nada suara pembentang yang laju menyebabkan pendengar
tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang telah disampaikan.
inilah akibat sekiranya pembentang gagal berinteraksi dengan khalayak di hadapannya.

ULASAN
Dalam pembentangan kita sering melihat banyak kesilapan yang sering
dilakukan oleh para pembentang tanpa mereka sedari. Perkataan yang dituturkan
kadang-kadang sering dicampur adukan dengan bahasa pasar atau bahasa
rojak.
Sepertinya telah menjadi budaya bagi sesetengah pihak yang menggunakan bahasa rojak untuk berkomunikasi. Amalan ini sekiranya tidak diubah ia akan memberi kesan buat kita semua.
Susunan bahasa yang cantik sebenarnya mampu menarik minat pendengar. Sekiranya bahasa yang kita tuturkan sendiri pun banyak yang salah bagaimana para pendengar hendak menganalisis maklumat yang diterima itu dengan baik.
Oleh yang demikian penggunaan bahasa yang betul itu penting bukan sekadar dapat menarik perhatian orang malahan membuatkan kita bertambah yakin dengan maklumat yang ingin kita sampaikan.

No comments:
Post a Comment