Wednesday 3 October 2012

SITUASI 8: Di kedai gunting rambut




 RABU
 3 OKTOBER 2012


Semasa sedang menemani rakan di kedai gunting rambut tiba-tiba datang seorang pemuda berbaju merah menghampiri tukang gunting. “ Tauke u boleh buat rambut macam budak baju biru itu tak??”. Lalu saya menoleh budak baju biru yang dimaksudkan itu. Fesyen rambut budak itu seakan-akan pelakon Korea. Lantas tauke gunting rambut itu menjawab boleh-boleh tapi u kena tunggu sebentar. Ok, satu kepala berapa???saya tak potong kepala saya potong rambut sahaja. Geli hati saya dibuatnya apabila mendengar perbualan tauke gunting rambut bersama pemuda itu.


ULASAN

Walaupun terdapat unsur-unsur jenaka dalam perbualan tersebut namun di sebalik kata-kata itu memberi makna yang mendalam yang berbentuk sindiran. Kebanyakan pemuda sekarang sering mengabaikan penggunaan bahasa yang betul dalam perbualan mereka dengan masyarakat sekeliling. 

Tahu kah kita semua bahawa bahasa itu melambangkan diri kita yang sebenar. Budaya hidup masyarakat Melayu memperlihatkan imej masyarakat Melayu yang lembut dan sopan santun bukan sahaja dari sikapnya yang berbudi bahasa namun penggunaan bahasa yang lebih sopan.

Jika kita lihat hari ini bahasa kita kelihatan semakin hilang kesantunannya. Rata-rata nya berpunca dari diri kita sendiri. Masing-masing terikut-ikut dengan gaya hidup sekarang. Budaya ini secara tidak langsungnya menyebabkan anak-anak kecil yang sedang meningkat dewasa terikut-ikut dengan golongan dewasa yang sedemikian rupa. Oleh yang demikian kesantunan berbahasa haruslah dikekalkan oleh masyarakat kita hari ini.

No comments:

Post a Comment