Friday 5 October 2012

SITUASI 10:Di kedai komputer

JUMAAT
5 OKTOBER 2012


Selepas habis kelas saya bercadang ingin ke kedai BHL yang berhampiran dengan Kampus. Setibanya di kedai tersebut saya terus berjumpa dengan salah seorang pembantu di kedai itu. Pembantu kedai tersebut merupakan seorang wanita yang berbangsa India. Saya menanyakan soalan mengenai masalah printer saya. Pada mulanya wanita itu faham dengan soalan saya. Apabila saya ajukan soalan seterusnya pembantu kedai tersebut tidak dapat menjawab persoalan saya. Hal ini kerana wanita itu tidak faham dengan soalan yang saya kemukakan dan saya tidak dapat memahami apa yang telah disampaikan oleh wanita itu. Kawan saya cuba untuk menerangkan namun demikian ianya tetap sama. Akhir sekali saya mengambil keputusan untuk pergi ke kedai lain.  


Antara istilah-istilah printer yang sering diguna pakai ialah:

            Selang                                                                                                Tinta










Catridge                                                                                                  Tabung tinta



ULASAN


Sewaktu berkomunikasi  kemahiran berbahasa sangat penting. Hal Ini kerana penggunaan bahasa yang baik penting bagi kedua-dua pihak untuk berkomunikasi. Kemungkinan bahasa yang digunakan oleh pelanggan merupakan bahasa biasa. 

Pemikiran setiap individu adalah berbeza. Pelanggan mungkin menghadapi kesukaran menjelaskan masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian pelanggan terpaksa menerangkan bahasa yang mudah tetapi berbanding pula dengan peniaga. Mereka mempunyai pengetahuan yang luas dalam masalah printer tersebut.

Maklumat yang disampaikan oleh peniaga mungkin tidak sampai kepada pelanggan. Hal ini kerana wujudnya istilah-istilah tertentu yang tidak diketahui atau difahami oleh pelanggan.

No comments:

Post a Comment