Jumaat
28 September 2012
Hari ni saya pergi kedai burger yang berhampiran dengan
rumah saya. Semasa sedang menunggu burger siap, saya sempat memerhatikan
gelagat dua orang budak yang merupakan anak kepada penjual burger tersebut.
Seorang lelaki dan seorang perempuan. Umur budak lelaki dan perempuan itu dalam
lingkungan 9 tahun hingga 11 tahun. Saya hanya mendengar sahaja perbualan dua
beradik itu.
Perbualannya adalah seperti berikut
:
Budak perempuan : Abang jom
main wiley.
Budak laki
: Tak nak la nak g meresing
Budak perempuan : Mu sewey la
wat gilo
Berdasarkan perbualan kedua beradik
ini, mereka menggunakan ragam bahasa yang bebas. Penggunaan bahasa masyarakat
kita hari ini kebanyakan lebih kepada bahasa slanga dan bahasa pasar.
Bahasa slanga ialah bahasa yang dianggap tidak baku. Bahasa slanga ini juga turut dikenali sebagai bahasa kutu atau bahasa rocker. Biasanya sekelompok masyarakat tertentu yang menggunakan bahasa ini. Misalnya golongan muda-mudi, mahasiswa dan mahasiswi
Bahasa pasar pula dikaitkan dengan bahasa pijin. Bahasa pijin ialah variasi bahasa yang dipermudahkan bagi tujuan berkomunikasi. Variasi ini biasanya ditambah dengan ciri-ciri bahasa lain atau dikatakan berlakunya pencampuran kod.
Kanak-kanak ini, sepertinya terikut-ikut dengan bahasa yang bersifat kolokial. Sekiranya bahasa ini menjadi amalan mereka ia akan memberi kesan kepada generasi yang seterusnya terutamanya generasi Y kini.
Bahasa Melayu baku kini tidak lagi diwarisi sebaliknya disalahgunakan. Kata-kata yang kesat dituturkan tanpa memikirkan kesan buruknya. Bagaimana kita ingin memartabatkan bahasa kita, sekiranya kanak-kanak sekarang menjadikan bahasa basahan sebagai rutin dalam perbualan harian mereka.

No comments:
Post a Comment