KHAMIS
4 OKTOBER 2012
Semasa sedang
beratur menunggu giliran di ATM bank Islam, saya terdengar suara seseorang dari
arah belakang. Suara itu membuatkan saya tersentap. “agak-agak ada setahun lagi
tak? agaknya ATM ni bapak dia yang punya ke?. Itulah kata-kata yang keluar dari
bibir seorang wanita kepada rakannya.
ULASAN
Dalam setiap hal kita seharusnya bersabar dan janganlah terlalu
beremosi. Kata-kata yang tidak sopan itu tidak seharusnya dituturkan. Hal ini
boleh menimbulkan kemarahan dan ketidakselesaan kepada orang lain.
Zaman sekarang ramai yang menggunakan kiasan atau bahasa tersirat untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka. Sebenarnya cara ini salah. " Budi Bahasa Budaya Kita" itulah slogan yang harus kita pegang dalam hidup kita.
Berdasarkan situasi di atas, sikap sedemikian sememangnya menunjukkan orang tersebut tidak beradab.Wajarlah barisan terlalu panjang kerana terdapat satu ATM di situ. Sikap terburu-buru dan kurang ajar inilah sebenarnya pencetus kepada masalah lain.

No comments:
Post a Comment