SELASA
2 OKTOBER 2012
' I'M ONLY SPEAK IN ENGLISH '
ULASAN
' I'M ONLY SPEAK IN ENGLISH ' Kata-kata inilah yang saya lihat di hadapan bilik seorang tenaga pengajar. Dalam hati saya terdetik mungkin orang tersebut berasal dari luar negara, tetapi melihat namanya orang tersebut adalah dalam kalangan orang Melayu sendiri.
Terdetik di hati saya adakah amalan ini yang kita kekalkan
dalam masyarakat kita hari ini???.
Situasi ini menyebabkan saya rasa malu
dengan masyarakat Melayu sekarang ini. Terlalu agungkan bahasa luar berbanding
bahasa Melayu itu sendiri. Bukan saya tidak setuju penggunaan bahasa Inggeris itu digunakan sewaktu berkomunikasi tetapi mestilah bersesuaian dengan faktor masa dan tempat tertentu.
Bagi mereka yang tidak pandai berkomunikasi dalam
bahasa Inggeris sudah pasti menghadapi kesukaran untuk berinteraksi. Boleh sekiranya kita ingin berkomunikasi dalam bahasa lain
sekali pun tetapi kita harus sedar bahawa bukan semua bahasa yang kita tuturkan
dapat difahami oleh masyarakat di sekeliling.
No comments:
Post a Comment