ISNIN
22 OKTOBER 2012
ULASAN
Dalam berbahasa kadangkala kita selalu melakukan kesalahan.
Kesalahan itu bukan hanya dalam bentuk lisan sahaja tetapi turut didapati dalam
bentuk tulisan. Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah penyalahgunaan
bahasa itu sering kali dilihat dan diguna pakai oleh kita semua hari ini dalam apa
jua situasi. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar perkara yang kecil tersebut
sebenarnya boleh merosakkan bahasa sedikit demi sedikit.
Bagi contoh di atas
kita dapat lihat penggunaan pantun sering disalahgunakan dari segi bentuk
bahasanya. Maksud pantun tersebut mungkin dapat difahami oleh pihak lain tetapi
kegunaan ayat dalam pantun tersebut perlulah bersesuaian. Setiap kata-kata
memberi maknanya yang tersendiri. Tidak mungkin kubis dapat ditanam di atas
langit. Maksud ini terlalu tinggi dan begitu tersirat tetapi ia boleh
menimbulkan persoalan kepada orang ramai dan akan disangkal oleh pihak- pihak
tertentu.
Bagi orang yang mementingkan penggunaan bahasa sudah pasti menolak
penggunaan bahasa yang sedemikian. Biasanya dalam bersastera kita bebas
menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang indah bagi menarik perhatian khalayak.
Tetapi harus diingat walaupun bahasa yang digunakan menarik dan indah namun ia
tidak memberi apa-apa makna sekiranya bahasa itu disalahgunakan.
No comments:
Post a Comment