SELASA
16 OKTOBER 2012
Persoalan
saya selama ini akhirnya terjawab. Dalam kelas semantik tadi En. Abdullah Yusof
ada menceritakan mengenai perbezaan bahasa yang digunakan oleh masyarakat di
sesebuah kawasan. Kebetulan ia melibatkan masyarakat di negeri Pahang dan
negeri lain. Ternyata ada perbezaan yang terdapat pada perkataan “pekan”.
Menurut En. Abdullah Yusof masyarakat di negeri Pahang mentafsir pekan itu
sebuah pasar malam atau pekan sari tetapi bagi masyarakat di negeri lain pekan
merujuk kepada bandar-bandar kecil. Barulah saya sedar selama ini
saya pelik kenapa pekan Tg. Malim dipanggil pekan bukan bandar Tg. Malim. Jika
di tempat saya pula, pekan sebesar Tg. Malim itu dipanggil bandar Raub.
Pekan Tg. Malim
Pekan Sari
ULASAN
Situasi
di atas memperjelaskan bahawa pekan dan bandar merupakan dua tempat yang hampir
sama dari segi pembangunannya. Berbezanya adalah dari segi konteks
masyarakatnya. Setengah pihak mengelaskan sesuatu tempat berdasarkan kepada
pemerhatian dan pandangannya yang tersendiri. Mungkin masyarakat di negeri
Pahang menamakan bandar Raub kerana melihatnya dari struktur kemudahan dan
pembangunan di kawasan tersebut. Bagi masyarakat Tg. Malim pula melihat pekan
tersebut dari perspektif yang berbeza dengan masyarakat di Raub. Namun
demikian, kekeliruan ini sebenarnya boleh dibezakan dengan saiz petempatan.
Bandar adalah tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan terdapat banyak
urusan perniagaan yang dijalankan. Pekan pula merujuk kepada petempatan
manusia yang biasanya lebih besar dari kampung tetapi lebih kecil dari bandar. Bagi pekan sari pula ia nya dibezakan dengan jualannya lebih kepada makanan dan pakaian disamping waktu beroperasinya adalah pada waktu-waktu yang ditetapkan.
Neat article.
ReplyDeleteVery good!
ReplyDelete