JUMAAT
19 OKTOBER
2012
Saya dan rakan-rakan ditugaskan untuk mengambil gambar
pelajar sekolah rendah yang terlibat dengan perkhemahan. Semasa mengambil
gambar, saya melihat seorang guru lelaki sedang memberi taklimat kepada semua
pelajar sekolah rendah tersebut. Selepas taklimat sesi pembahagian kumpulan diberikan.
Guru meminta setiap ketua kumpulan pergi ke hadapan untuk mengambil khemah. Apa
yang memeranjatkan saya apabila guru tersebut mencampakkan khemah tersebut
kepada salah seorang pelajar lelaki. Budak itu kelihatan terkejut dan khemah
yang dicampakkan kepadanya itu hampir terkena mukanya. Saya hanya tergamam
melihat tingkah laku guru tersebut. Tingkah laku dan kata-kata yang sedemikian
tidak sepatutnya digunakan kepada pelajar melainkan pelajar tersebut berdegil
atau tidak mendengar arahan.
UlASAN
Sebagai seorang guru kita seharusnya sedar bahawa tidak
semestinya kekerasan yang dapat mendidik pelajar. Berdasarkan situasi di atas
sikap sedemikian bukan hanya boleh mencederakan pelajar malahan menujukkan
sikap yang kurang baik oleh golongan guru.
Sekiranya pelajar melakukan
kesalahan wajar kita memberikan teguran tetapi teguran tersebut mestilah
bersesuaian dan tidak melampau. Seandainya pelajar tersebut mengalami kecederaan
sudah pasti banyak pihak yang terlibat.
Kata-kata yang dituturkan kepada pelajar juga perlulah bersesuaian. Sekiranya pelajar mendengar arahan yang disampaikan oleh guru, tidak salahnya guru bertolak ansur dan tidak bertindak kasar kepada pelajarnya.
Kata-kata yang dituturkan kepada pelajar juga perlulah bersesuaian. Sekiranya pelajar mendengar arahan yang disampaikan oleh guru, tidak salahnya guru bertolak ansur dan tidak bertindak kasar kepada pelajarnya.
Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
ReplyDeleteFind Harrah's Cherokee Casino & Hotel, Murphy, NC 거제 출장샵 28906, 광주광역 출장안마 United 춘천 출장샵 States at Mapyro. Trails · Personal Info 보령 출장안마 · Map of Harrah's Cherokee Casino & 영주 출장마사지 Hotel.