RABU
24 OKTOBER 2012
Pelbagai halangan
terpaksa ditempuhi sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman hari ini. Semasa
di stesen bas Tanjung Malim saya dimarahi oleh penjaga di kaunter gara-gara
ingin menukar tiket bas. Setibanya di Titiwangsa saya terus membeli tiket bas untuk
ke Raub. Sebelum menaiki bas seorang warga emas telah dimarahi oleh pemandu bas
kerana berjalan terlalu pelahan. Suasana di dalam bas pada mulanya sunyi
berubah apabila pemandu bas tersebut melemparkan kemarahannya. Ada penumpang
yang dimarahi kerana membawa makanan masuk ke dalam bas. Sepanjang perjalanan
pemandu bas tersebut asyik beremosi sahaja. Habis kenderaan lain turut
dimarahi. Bunyi hon itu dijadikan satu amaran kepada pemandu yang lain. Saya
hanya mampu berkata-kata di dalam hati dan tiada siapa pun yang berani melawan
kata-kata pemandu bas tersebut.
ULASAN
Berdasarkan situasi
di atas jelas memperlihatkan kebanyakan masyarakat hari ini tidak
menitikberatkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Sikap buruk atau
negatif dalam diri terbawa-bawa ke merata tempat sehingga tidak mengira masa
dan situasi. Akibatnya orang lain yang menjadi mangsa.
Wajarlah warga emas
tersebut berjalan lambat ketika menaiki bas. Hal ini kerana faktor usia dan
kesihatan menyebabkan warga emas tersebut sukar untuk bergerak dengan pantas. Sekiranya
penat sekalipun kita haruslah mengawal emosi kita agar tidak menyakiti hati pihak
lain. Melepaskan kemarahan bukan cara yang bijak untuk menyelesaikan masalah.
Amalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan terapkan nilai berbudi bahasa
ketika berbicara. Tidak salahnya sekiranya kita ingin menegur seseorang itu agar
tidak membawa masuk makanan, tetapi teguran itu mestilah dalam nada yang tidak
terlalu tinggi dan tidak menjatuhkan air muka orang tersebut di khalayak ramai.
Saya tertarik dengan lirik lagu upin & ipin. Lagu inilah seharusnya kita terapkan dalam kehidupan kita.
Renung-renungkan lirik lagu ini.
Renung-renungkan lirik lagu ini.
Tanam-tanam ubi,
Tak perlu dibaja,
Orang berbudi,
Kita berbahasa.
Orang berbudi,
Kita berbahasa.
No comments:
Post a Comment