KHAMIS
25 OKTOBER 2012
25 OKTOBER 2012
Tak
cak ne: tak dengar kata
Copeng:
tepi sangat
Ngope:
kenapa
Molor:
Bekas
Tak pandai
kelakor: tak pandai gayakan
Melohor: Tengah hari
Kas: Saya
Karang: Nanti atau sebentar
Lantok aok: suka hati awak
ULASAN
Sudah lama tidak mendengar loghat negeri Pahang. Ketika di kampung
seluruh keluarga menggunakan loghat negeri Pahang dalam perbualan.
Ada bahasa yang tidak saya fahami dan lama tidak dengari.
Kata-kata di atas merupakan bentuk loghat negeri Pahang.
Disebabkan berjauhan dari keluarga perbualan saya menjadi bahasa standard atau
bahasa biasa.
Apabila pulang ke kampung barulah saya mempelajari dan menukarkan
bahasa standard tadi kepada loghat negeri Pahang. Dalam berbahasa penggunaan
loghat sebenarnya tidak digalakkan. Bukan apa kita biasanya akan terbawa-bawa
loghat itu ke merata tempat.
Hal ini akan menimbulkan salah faham kepada pihak yang mendengar.
Tidak semua orang dapat memahami bahasa yang kita ujarkan lebih-lebih lagi
apabila kita menggunakan loghat negeri masing-masing.
Semasa belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) saya pernah terkeluar loghat negeri Pahang ketika berbual dengan rakan saya. Rakan saya cuba perbetulkan ayat saya. Rasanya ayat tersebut sudah betul cuma rakan saya tidak biasa dengan ayat yang saya gunakan.
Saya menanyakan soalan kepada rakan saya dari negeri Pahang dan dia faham dengan ayat yang saya kemukakan. Kesimpulannya di sini elakkan dari menggunakan loghat dalam perbualan supaya kita sendiri tidak tersinggung dan orang lain dapat memahami maksud yang ingin kita sampaikan.
No comments:
Post a Comment