RABU
17 OKTOBER 2012
Kumpulan lima : Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Yang dihormati pensyarah kita Dr Z dan rakan-rakan sekalian.
Pensyarah :
Salah tu. Betulkan semula ayat tersebut.
Setiap ahli dari
kumpulan lima dikehendaki membetulkan ayat tersebut namun ayatnya tetap salah.
Pensyarah : Selagi tidak betul selagi itu pembentangan tidak boleh
dijalankan.
Saya dan rakan-rakan
berbincang untuk mencari jawapan yang sebenar. Akhirnya pensyarah meminta rakan
saya ke hadapan untuk memberi jawapan yang tepat. Jawapan yang diberikan oleh rakan saya turut salah. Hampir 15 orang dipanggil ke hadapan. Seorang demi seorang diminta untuk
membetulkan ayat tersebut. Akhirnya seorang pelajar perempuan yang berbangsa
India dapat membetulkan kesalahan tersebut.
Pelajar India : Yang berbahagia pensyarah kita Dr Z.
Pensyarah : Ok. Jawapan awak betul.
Beri tepukan kepada kawan kita ini.
Beri tepukan kepada kawan kita ini.
ULASAN
Berdasarkan situasi di atas dapat simpulkan bahawa rujukan kehormat adalah aspek yang penting yang perlu dititikberatkan. Walaupun perkara ini nampak mudah dan remeh tetapi kita harus
sedar bahawa perkara ini bukan hanya membezakan pangkat seseorang tetapi
sebagai tanda menghormati orang yang berkenaan.
Kebiasaannya dalam majlis
tertentu bahagian protokol sangat penting bagi memastikan sesuatu majlis itu dapat berjalan dengan baik. Aspek penting yang harus diambil berat
berkenaan rujukan kehormat ini adalah mengenalpasti terlebih dahulu latar
belakang tetamu atau orang penting yang diundang.
Kesalahan rujukan kehormat ini
akan menimbulkan permasalahan yang besar terutamanya apabila berhadapan dengan
golongan yang berstatus dan berpangkat besar seperti Raja, Perdana Menteri dan
sebagainya.
Penggunaan bentuk sapaan yang betul sebenarnya amat penting dalam kesantunan berbahasa.Sehubungan dengan itu, bentuk sapaan mestilah berpadanan dengan kedudukan atau taraf orang yang disapa.
Penggunaan bentuk sapaan yang betul sebenarnya amat penting dalam kesantunan berbahasa.Sehubungan dengan itu, bentuk sapaan mestilah berpadanan dengan kedudukan atau taraf orang yang disapa.
No comments:
Post a Comment