ISNIN
Hari ini merupakan hari Persidangan Antarabangsa Memartabatkan
Bahasa Melayu & Pelancaran Bulan Bahasa Melayu Peringkat Negeri Perak di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya
agak tertarik dengan kata-kata seorang pensyarah yang bernama Prof. Abdul Hamid
Mahmood. Menurutnya tajuk seminar “Memartabatkan Bahasa Melayu” lebih sesuai
ditukar kepada Memartabatkan Kembali Bahasa Melayu.
ULASAN
Setiap kata-kata memberi makna yang
tersendiri. Begitulah juga dengan kata memartabatkan bahasa Melayu. Makna di sebalik kata-kata ini memperjelaskan
bahawa kita sedang mengangkat bahasa Melayu ke arah bahasa yang lebih tinggi
dan sebagai bahasa pengantar ilmu.
Sebenarnya bahasa Melayu sudah pun dimartabatkan sejak dahulu lagi. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan digunakan
dalam hal pentadbiran, pendidikan, perhubungan dan lain-lain lagi.
Saya bersetuju
dengan pendapat Prof Abdul Hamid yang menyatakan bahawa memartabatkan bahasa Melayu
tersebut ditukar kepada memartabatkan kembali bahasa Melayu. Hal ini kerana selepas kemerdekaan 1957 kita sudah mula
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu.
Selain itu juga,
sejarah telah membuktikan bahasa Melayu berperanan sebagai media penyebaran
persuratan ilmu di Nusantara. Pelbagai kempen telah dijalankan dari dahulu hingga
sekarang demi memartabatkan bahasa Melayu ini. Oleh yang demikian, usaha dalam
memastikan bahasa Melayu mencapai kegemilangannya haruslah dipergiatkan dan dipertingkatkan secara
berterusan agar bahasa Melayu tidak lenyap dek arus zaman.
No comments:
Post a Comment