SELASA
16 OKTOBER 2012
Zila: Dekat kampung saya basikal tu orang panggil gerek.
Amirul: Ehh dekat kampung saya orang sebut basikal.
ULASAN
Tanpa kita
sedari dalam kehidupan kita seharian kadang kala kita sering menyalahgunakan sesuatu
bahasa itu. Perkara ini mungkin disebabkan oleh kebiasaan menggunakannya dari
dahulu sehingga sekarang. Apabila ada pihak yang menyangkal barulah kita cuba
mencari jawapannya. Contohnya seperti situasi di atas.
Perkara ini sudah
biasa kita dengari dalam perbualan. Sebenarnya perkataan yang sesuai ialah
sebut berbanding panggil. Biasanya panggil itu merujuk kepada sesuatu yang
bertindak balas. Misalnya mak panggil adik masuk kerana hari sudah senja. Dalam
hal ini mak dan adik menunjukkan sesuatu yang bertindak balas.
Bagi
perkataan sebut pula ia lebih sesuai digunakan bagi tujuan memberi nama atau menggelarkan
sesuatu. Misalnya seperti ayat di atas sepatutnya ayat yang sesuai ialah dekat
kampung saya basikal itu orang sebut gerek.
Oleh yang demikian perkataan panggil di atas perlu ditukar kepada perkataan
sebut kerana ayat tersebut menunjukkan bahawa Zila menamakan sesuatu yang tidak
boleh bertindak balas.
No comments:
Post a Comment