KHAMIS
18 OKTOBER
2012
Setelah
berakhir majlis Malam Tautan Kasih Perbayu saya dan rakan bergegas keluar.
Bukan apa risau sekiranya kami semua terlepas bas. Kami berenam berjalan
secepat yang mungkin. Sampai di pintu pagar kami hanya melihat bas KUO sahaja.
Rasa resah timbul dalam diri. Manalah bas ke kampus ni??. Berhampiran kami ada
ramai budak lelaki semester satu. Kami pun sembanglah dengan mereka. Ada
seorang budak lelaki ni, dia bercakap bahasa Kelantan terlalu pekat.
Kadang-kadang saya tidak memahami apa yang diperkatakannya. “ kelik ghatoh aye”,
itulah perkataan yang keluar dari mulut salah seorang budak semester satu.
Dalam hati saya berkata “ ohh balik ni dia nak ratah ayam ”. Lantas kawan saya
bertanya kepada budak tersebut kelik ghatoh ayam tu apa? kawan saya seorang
lagi menjelaskan kepada kawan saya itu maksud sebenar apa yang diperkatakan
oleh budak tersebut. Kawan saya pun mengangguk, ohhh macam tu ingatkan apa
tadi.
ULASAN
Berdasarkan
situasi di atas dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan dialek boleh menimbulkan
kekeliruan atau ketidakfahaman seseorang. Bagi mereka yang faham maksud sesuatu
perkara itu tidak mengapa tetapi bagi mereka yang tidak fahami maksud tersebut
pasti akan menimbulkan tanda tanya. Jika kita lihat hari ini ramai yang
bertutur menggunakan dialek negeri masing-masing. Penggunaan dialek itu
digunakan secara meluas. Sebagai contohnya kita boleh lihat ada penceramah atau ahli-ahli panel yang menggunakan dialek negeri mereka dalam majlis rasmi. Bagi
sesetengah orang mereka merasakan bahawa penggunaan dialek boleh merapatkan
lagi hubungan mereka dengan khalayak. Memang ada betulnya mereka yang
menggunakan dialek dapat mewujudkan kemesraan dan dijadikan suatu hiburan tetapi
harus diingat penggunaan dialek ini akan menimbulkan permasalahan bahasa kepada
masyarakat kita hari ini. Mutu bahasa Melayu sama ada lisan ataupun tulisan
akan merosot akibat penggunaan dialek ini.
No comments:
Post a Comment