JUMAAT
12 OKTOBER 2012
Sebelum sampai di Sunway Piramid saya sempat melihat di sekitar dinding laluan pejalan kaki kawasan tersebut. Kelihatan ada yang menconteng dinding tersebut dengan menggunakan bahasa yang tidak senonoh.
“puki mak kau” itulah perkataan yang tertulis pada dinding tersebut. Saya sempat menunjukkannya kepada rakan saya. Rakan saya hanya mampu menjawab perkara sedemikian sudah menjadi biasa bagi kehidupan di bandar. Bukan dinding itu sahaja, tetapi banyak lagi kawasan yang dijadikan tempat menconteng oleh mereka.

ULASAN
Budaya menconteng ini telah wujud sejak sekian
lama lagi. Biasanya golongan remaja yang ramai melakukannya. Amalan menconteng
ini terbawa-bawa dari sekolah hingga ke tempat lain. Alasan yang diberi ialah
bosan.
Mereka bukan sahaja menconteng untuk meluahkan apa yang mereka rasa
malahan mereka menggunakan bahasa yang tidak sopan. Bahasa ini bukan sahaja
kesat malah mengotorkan dinding-dinding yang tersedia cantik.
Malu rasanya
apabila orang luar atau pelancong melihat keadaan dinding-dinding terutama di
kaki lima yang penuh dengan tulisan yang menyakitkan mata.
Bukan hanya
perkataan "puki mak kau" yang biasa kita dengar atau lihat, namun bayak lagi
bahasa lain yang mereka gunakan. Misalnya seperti bodoh, giler, babi, siut,
sial dan lain-lain lagi.
Aspek penting dalam memastikan bahasa kita sentiasa
dipelihara adalah melalui kesedaran dalam diri. Peliharalah bahasa demi maruah
bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment