Semasa ingin membayar di kaunter, saya melihat satu situasi
yang kurang sopan oleh masyarakat kita hari ini. Ada seorang pemuda telah membawa bakul yang penuh dengan barang
ke kaunter express. Sampai di kaunter
tersebut juru kaunter memberitahu pemuda tersebut bahawa hanya sepuluh barang
sahaja yang dibenarkan. Juru kaunter itu mengarahkan agar pemuda tersebut
membayar di kaunter sebelah. Pemuda itu
berkeras hati dan terus meletakkan kesemua barangnya di atas kaunter tersebut. Walaupun
telah ditegur beberapa kali tetapi pemuda itu tetap tidak mengendahkan apa yang
diperkatakan oleh juru kaunter tersebut. Akhirnya juru kaunter tersebut
terpaksa mengira barang pemuda tersebut.
ULASAN
Mesej yang hendak disampaikan di sini ialah amalkan sikap bertolak ansur dalam kehidupan dan hormati orang di sekeliling kita. Situasi di atas memperlihatkan sikap seseorang
yang tidak faham bahasa atau istilah lain tidak dengar kata.
Walaupun telah mengetahui kesalahannya namun tidak ada sedikit pun kesedaran dalam diri lelaki tersebut. Apa yang saya lihat juru kaunter itu tetap menuturkan ayat yang sopan walaupun pemuda itu bertutur dalam nada yang tidak memuaskan hati.
Agak terkilan apabila masyarakat kita lebih mementingkan diri dalam beberapa hal. Sikap yang sebegini bukan hanya menyusahkan orang di sekeliling tetapi memalukan diri sendiri. Budaya ini sekiranya dibiarkan ia akan menjadi ikutan generasi akan datang.
Walau apa jua situasi pun kita haruslah bersabar dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Bagaimana ingin menjadi insan yang berdedikasi dan berdisiplin sekiranya perkara ini pun kita tidak boleh ikuti. Renung-renungkanlah.....

youtube videogames mp4 player - videodl.cc
ReplyDeletevideo games mp4 player. If you want to play youtube youtube mp4 videogames for free or find useful info about music, animation, and other games here, make sure