SELASA
9 OKTOBER 2012
Lirik lagu Kantoi
ULASAN
Bahasa rojak sering digunakan oleh masyarakat
kita hari ini tanpa mengira lapisan umur. Ada sesetengah pihak berasa bangga
apabila menggunakan bahasa rojak ini. Bagi mereka menggabungkan dua bahasa
menunjukkan diri mereka begitu hebat.
Selain digunakan dalam perbualan, bahasa
rojak juga sering digunakan dalam dunia seni seperti nyanyian. Video di atas
merupakan salah satu contoh bentuk bahasa rojak yang digunakan dalam sebuah
lagu yang berjudul Kantoi.
Lagu Kantoi
ini merupakan campuran di antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Lagu ini
juga mendapat perhatian dan menjadi ikutan anak-anak muda hari ini. Ada pihak
setuju bahasa rojak ini digunakan sebagai alat hiburan tetapi bagi saya bahasa
rojak ini sedikit sebanyak akan menghancurkan bahasa Melayu kita.
Seharusnya
lebih baik kita gunakan bahasa yang betul dalam apa jenis situasi sekalipun.
Saya rasa, sekiranya lagu Kantoi ini dinyanyikan penuh dalam bahasa Inggeris ianya
mesti lebih menarik dan tersusun.
No comments:
Post a Comment