KHAMIS
11 OKTOBER 2012
Sewaktu ingin pulang ke rumah, rakan saya memberhentikan
basikalnya di kawasan taman perumahan.
Saya hanya mengikuti rakan saya dari arah belakang. Sampai di sebuah rumah
rakan saya memberi salam kepada tuan rumah. Akhirnya tuan rumah tersebut
keluar. Kelihatan umur wanita itu sudah menjangkau 60 an. Saya memanggil wanita tersebut dengan
panggilan nenek. Namun demikian, wanita tersebut membahasakan dirinya sebagai
mak cik. Timbul rasa segan dalam diri dan saya terus memperbetulkan sapaan saya
daripada nenek menjadi mak cik.
ULASAN
Status merupakan salah satu faktor penting dalam penggunaan bahasa
sapaan. Begitulah juga dengan kata ganti diri yang digunakan dalam pergaulan formal
atau tidak formal. Dalam pergaulan biasa, umur dan jarak perhubungan penting di
antara seseorang individu dengan individu yang lain. Berdasarkan situasi di
atas bentuk sapaan yang digunakan adalah berdasarkan ciri-ciri atau faktor umur
seseorang. Oleh sebab mak cik tersebut membahasakan dirinya sebagai mak cik,
penutur haruslah menghormati panggilan tersebut. Apa pun bentuk sapaan mestilah
dipersetujui oleh kedua pihak.
No comments:
Post a Comment