Monday 8 October 2012

SITUASI 11: Kesalahan dalam katalog





ISNIN
8 OKTOBER 2012

ULASAN  

Berdasarkan keratan katalog di atas, terdapat kesalahan bahasa dalam ayat tersebut. Kesalahan ejaan bukan sahaja mencemarkan bahasa kita malahan memberi kekeliruan kepada sesetengah pihak. Bagi kanak-kanak, mereka akan mudah terikut dengan apa yang dilihat. Dalam petikan di atas perkataan rawatan telah berubah menjadi rawatang. Sekiranya bahasa itu tidak diperbetulkan ia akan tetap disimpan dalam memori kanak-kanak.  Selain kanak-kanak, golongan dewasa juga tidak terkecuali menerima kesan akibat kesalahan ejaan ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya sama ada ianya adalah satu kesilapan ataupun istilah baru yang dicipta. Seharusnya sebelum pihak syarikat mengedarkan risalah kepada orang ramai mereka perlulah memastikan agar kesalahan ejaan seperti ini tidak berlaku. Bersamalah kita menjaga bahasa kita agar ianya tidak dicemari.

No comments:

Post a Comment