Khamis
27 September 2012
Ada seorang Pak cik
sedang duduk minum di sebuah kedai bersama anaknya. Datang seorang lelaki ingin
mengambil pesanan pak cik tersebut. Ermmm Pak cik nak minum apa? lalu Pak
cik itu menjawab " keh nak keh sebut " dalam loghat negeri Pahang.
Pak Cik Carlsberg tidak dijual di sini, kata pengambil pesanan tersebut.
Masing-masing saling berpandangan di antara satu sama lain.
ULASAN
Bahasa Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai bahasa termasuklah penggunaan dialek. Dialek dapat diertikan sebagai suatu bentuk bahasa yang berbeza daripada bahasa standard. Biasanya penggunaan dialek sering digunakan dalam situasi-situasi lain yang tidak rasmi seperti perhubungan kekeluargaan dan pergaulan harian.
Dalam berbahasa kadangkala kita lebih suka menggunakan ayat yang tidak formal dalam kehidupan harian terutamanya penggunaan dialek. Penggunaan dialek sering menimbulkan salah faham di antara masyarakat hari ini.
Contohnya ayat di atas. Penggunaan dialek negeri Pahang tidak akan difahami oleh penutur lain kerana bahasa yang digunakan dalam ayat tersebut tidak jelas maksudnya.
Apabila penutur lain mendengarnya mereka pasti menganggap Pak cik tersebut meminta "Carlsberg ". Namun demikian, hakikatnya dalam ayat di atas maksudnya ialah sekiranya Pak cik tersebut ingin minum, dia akan memberitahunya nanti.
Kepelbagaian dialek boleh menyebabkan kekeliruan dalam berkomunikasi.

No comments:
Post a Comment