Tuesday 25 September 2012

SITUASI 2 :Topik perbualan



Selasa
25 September 2012


Semasa berjalan kaki pergi ke kelas, dua orang rakan saya memulakan perbualan dengan menggunakan dialek sebelah Utara. Seorang berasal dari Perlis dan seorang berasal dari Pahang. Rakan saya yang berasal dari Pahang mengajak rakan yang berasal dari Perlis untuk berkomunikasi dengan menggunakan dialek Utara.

            Ayat di bawah ini merupakan bentuk perbualan antara mereka berdua.


                                                 Penutur A : Jom kita kecek Perlis.
                                                 Penutur B : Jom.
                                                 Penutur A : Cek suka lok lak ni.

ULASAN

Terdapat kesalahan bahasa dalam perbualan mereka. Kesalahan bahasanya jelas apabila penutur A mencampuradukkan dialek Kelantan dan dialek Utara. Kecek di atas merupakan bahasa yang digunakan oleh masyarakat di negeri Kelantan. Sepatutnya perkataan itu ditukar menjadi ayat biasa supaya pendengar tidak keliru sama ada penutur ingin berkomunikasi dalam bahasa Perlis atau bahasa Kelantan. Dalam situasi di atas penutur A tidak mahir untuk berkomunikasi dalam loghat negeri Perlis. Sekiranya orang Utara yang mendengarnya sudah pasti pelik dan geli hati kerana perkataan " lok lak " itu menunjukkan seseorang yang tidak senonoh. Penggunaan bahasa dalam loghat sesebuah negeri adalah berbeza. Oleh demikian, sebelum kita memulakan perbualan sebaiknya kita mengetahui maksud yang ingin kita sampaikan. Hal ini dapat mengelakkan daripada kita ditertawakan oleh orang lain dan mengelakkan masalah komunikasi antara satu sama lain.





No comments:

Post a Comment